- Posts: 10
- Thank you received: 0
Detik pilu ibu gajah cuba alihkan lori langgar anaknya
- Reporter
-
Topic Author
- Offline
- Moderator
Less
More
21 hours 48 minutes ago #7
by Reporter
Detik pilu ibu gajah cuba alihkan lori langgar anaknya was created by Reporter
Gerik: Menyayat hati apabila melihat paparan video seekor gajah menunggu di tepi sebuah lori kontena selepas kenderaan itu dilaporkan terlanggar mati anaknya dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat di sini, awal pagi tadi.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu jam 3.30 pagi."Pihak Perhilitan masih dalam usaha mengalihkan karkas anak gajah jantan yang dianggar berusia lima tahun dan seberat 700 kilogram (kg)."Kita akan lupuskan karkas berkenaan dengan kaedah tanam," katanya kepada Harian Metro.Terdahulu, tular video memaparkan seekor gajah dewasa dipercayai ibu kepada anak gajah itu setia menunggu anaknya yang terperosok di bawah lori, diselamatkan.Selain itu, gajah dewasa itu kelihatan berusaha 'menolak' lori berkenaan dengan kepalanya untuk menyelamatkan anaknya.Tambah Yusoff ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat.
Disiarkan pada: Mei 11, 2025 @ 11:49am
www.hmetro.com.my/utama/2025/05/1217333/...lori-langgar-anaknya
Disiarkan pada: Mei 11, 2025 @ 11:49am
www.hmetro.com.my/utama/2025/05/1217333/...lori-langgar-anaknya
Please Log in or Create an account to join the conversation.