Welcome! We are the latest online marketplace for Malaysian to shop or just chatting about local trending stories! Free Registration

Arrow up
Arrow down

Dari Penampang ke Kuala Lumpur,Ivyanna mahu cabar diri jalani modul latihan PLKN

  • Reporter
  • Topic Author
  • Offline
  • Moderator
More
19 hours 37 minutes ago - 19 hours 33 minutes ago #6 by Reporter
Sebahagian daripada 200 pelatih yang hadir ketika sesi pendaftaran pelatih (Wanita) Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Regimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM 

Kuala Lumpur: Berbekalkan semangat cinta kepada negara, gadis dari Sabah ini sanggup berkelana ke ibu kota untuk mendaftar dan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, di sini, hari ini.Ivyanna Errica Peter, 18, dari Penampang, berkata, ini adalah kali pertama dia berjauhan daripada keluarga, namun tidak berasa menyesal kerana mahu mencabar dirinya menjalani modul latihan ala ketenteraan."Saya memang minat aktiviti fizikal dan lasak. Saya nak keluar dari zon selesa dan kembangkan potensi diri.


Pelatih, Ivyanna Errica Peter, 18, yang hadir ketika sesi pendaftaran pelatih (Wanita) Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Regimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

"Saya hadir dengan tiga lagi pelatih wanita dari Sabah dengan harapan program ini boleh bantu kami menjadi lebih matang, disiplin dan semarakkan perasaan sayang kepada negara."Mula-mula saya tidak berapa tahu mengenai PLKN namun bila tahu ada makanan disediakan dan boleh cuba aktiviti lasak, saya rasa ini peluang untuk saya latih diri," katanya ketika ditemui pada hari pendaftar di sini, hari ini.Seorang lagi pelatih PLKN, Nur Adila Syafinaz Shah Firdaus, 18, dari Kepong berkata, dia hadir secara sukarela selepas gagal disenaraikan dalam sistem."Saya kecewa ketika semak nama tak dapat. Tapi bila nampak borang sukarelawan, saya terus isi. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu saya dapat panggilan pengesahan untuk hadir mendaftar.


Pelatih, Nur Adila Syafinas Mohd Shafirdaus, 18, yang hadir ketika sesi pendaftaran pelatih (Wanita) Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Regimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

"Saya memang teringin nak jadi askar, tapi ketinggian badan tak cukup syarat. Dapat rasa suasana seperti ini pun saya sudah syukur sangat," katanya penuh semangat.Evelyn Ng Min, 18, dari Muar, Johor pula mengakui agak takut sebaik menerima maklumat namanya tersenarai dalam siri latihan kali ini."Memang takut sikit tapi saya nak jadi orang yang lebih bertanggungjawab dan boleh menyumbang pada negara."Saya lihat di media sosial, ramai kongsi pengalaman 'best' jalani PLKN, boleh kenal kawan. Itu buat saya lebih yakin nak datang," katanya.Sementara itu, ibu Evelyn iaitu Lim Chie Chi, 38, turut hadir mengiringinya dan mengakui risau berjauhan dengan anak buat pertama kali."Melihat fasiliti di kem ini saya rasa lebih positif dan yakin."Anak saya ini aktif dalam pertandingan kawat di sekolah dulu, jadi saya sokong dia sertai PLKN."Harap pengalaman ini akan bentuk dia jadi lebih matang dan mungkin minat terus dalam bidang ketenteraan," katanya yang bertugas sebagai kerani.Terdahulu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.Sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.
Disiarkan pada: Mei 11, 2025 @ 12:20pm www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/12173...jalani-modul-latihan
 
Last edit: 19 hours 33 minutes ago by Reporter.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Visitor Statistics

  • Today 134
  • Yesterday 124
  • This Week 2037
  • Last Week 185
  • This Month 2223
  • Last Month 0
  • Last Six Months 2223
  • This Year 2223

Recent Visitors

IP Address Country Visit Time
13.59.113.183 United States 2025-05-12 00:13:46
54.36.149.57 France 2025-05-11 23:57:25
18.222.178.70 United States 2025-05-11 23:55:28
40.77.167.72 United States 2025-05-11 23:20:54
52.167.144.19 United States 2025-05-11 23:10:25
54.36.148.148 France 2025-05-11 23:06:19

Visitor by Country

Country Total Visitors Percentage
United States 1858 83.96%
France 183 8.27%
Germany 86 3.89%
Malaysia 35 1.58%
Canada 8 0.36%
The Netherlands 8 0.36%
United Kingdom 6 0.27%
Singapore 6 0.27%
Türkiye 4 0.18%
India 4 0.18%
Ireland 3 0.14%
Denmark 3 0.14%
Taiwan 2 0.09%
Spain 2 0.09%
Poland 2 0.09%
China 2 0.09%
Finland 1 0.05%