Welcome! We are the latest online marketplace for Malaysian to shop or just chatting about local trending stories! Free Registration

Arrow up
Arrow down

Bina pusat gaya hidup cegah gejala sosial

  • Reporter
  • Topic Author
  • Offline
  • Moderator
More
20 hours 54 minutes ago #11 by Reporter

INFRASTRUKTUR moden beri ruang kepada belia Selangor menyerlah di peringkat global.Kuala Lumpur: Dalam era globalisasi dan kemajuan pesat, konsep pembangunan tidak lagi hanya dilihat dari sudut pertumbuhan ekonomi semata-mata, namun perlu diimbangi dengan aspek sosial dan kesejahteraan rakyat.Pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pembangunan yang tidak inklusif dan seimbang akan mencipta ruang kosong untuk pengaruh negatif meresapi kerana kekurangan sokongan dan bimbingan.Katanya, gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dalam kalangan remaja selain aktiviti tidak bermoral lazimnya berpunca daripada kegagalan sistem sosial dalam menyantuni keperluan asas manusia."Apabila wujud golongan yang tercicir dan terpinggir daripada arus pembangunan, mereka menjadi lebih mudah terdedah kepada pengaruh negatif akibat kekurangan sokongan, peluang dan identiti sosial yang kukuh.

 "Justeru, pentingnya pembangunan inklusif kerana boleh mengurangkan risiko ini dengan menyediakan peluang pendidikan dan ekonomi kepada golongan berisiko seperti remaja miskin, anak yatim atau komuniti minoriti."Pentingnya pembangunan seimbang yang menyediakan persekitaran tempat tinggal selesa, kemudahan rekreasi dan sokongan komuniti dapat membina suasana hidup lebih sihat dari segi fizikal dan mental," katanya.Menurutnya, pembangunan sosial seimbang turut memperkasakan institusi komuniti seperti surau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pusat komuniti atau gaya hidup baharu yang meningkatkan kualiti hidup rakyat serta mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan."Dalam konteks ini, projek pembangunan inklusif dan seimbang menjadi tonggak penting menyokong institusi kekeluargaan yang sihat serta menjadi benteng berlakunya gejala sosial dalam masyarakat moden."Jadi, pentingnya kewujudan pusat gaya hidup baharu yang serba lengkap dan inklusif kerana ia menyediakan ruang interaksi sosial sihat, sokongan mental dan aktiviti pembangunan sahsiah di samping aktiviti berfaedah lain yang boleh diisi bersama rakan dan keluarga," katanya.
Disiarkan pada: Mei 11, 2025 @ 11:35am
www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/12173...-cegah-gejala-sosial

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Visitor Statistics

  • Today 134
  • Yesterday 124
  • This Week 2037
  • Last Week 185
  • This Month 2240
  • Last Month 0
  • Last Six Months 2240
  • This Year 2240

Recent Visitors

IP Address Country Visit Time
18.116.60.124 United States 2025-05-12 02:01:56
3.145.88.233 United States 2025-05-12 01:59:07
52.167.144.22 United States 2025-05-12 01:43:51
54.36.148.26 France 2025-05-12 01:37:55
198.235.24.129 United States 2025-05-12 01:25:31
54.36.148.239 France 2025-05-12 01:21:56

Visitor by Country

Country Total Visitors Percentage
United States 1872 83.95%
France 186 8.34%
Germany 86 3.86%
Malaysia 35 1.57%
Canada 8 0.36%
The Netherlands 8 0.36%
United Kingdom 6 0.27%
Singapore 6 0.27%
Türkiye 4 0.18%
India 4 0.18%
Ireland 3 0.13%
Denmark 3 0.13%
Taiwan 2 0.09%
Spain 2 0.09%
Poland 2 0.09%
China 2 0.09%
Finland 1 0.04%