Join us as a seller or service vendor and get yours to be found by buyer easily just filtering the category and locations Free Registration

Arrow up
Arrow down

PLKN 3.0 Siri Kedua secara rasmi bermula hari ini

  • Reporter
  • Topic Author
  • Offline
  • Moderator
More
3 weeks 4 days ago #10 by Reporter

Pelatih megisi maklumat peribadi ketika sesi pendaftaran pelatih (Wanita) Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Regimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIMKuala Lumpur: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri Kedua secara rasmi bermula hari ini dengan pendaftaran pelatih lelaki dan wanita di dua lokasi berasingan.Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran berkata, pendaftaran berjalan serentak di dua kem rejimen Askar Wataniah, iaitu Rejimen 505 di Pekan, Pahang bagi pelatih lelaki dan Rejimen 515 di Jalan Buku 5, di sini, untuk pelatih wanita."Seramai 350 pelatih lelaki dijadualkan melapor diri di Rejimen 505, manakala 200 pelatih wanita dijangka menyertai latihan di Rejimen 515."Pendaftaran bermula hari ini dan pelatih akan diberi kelonggaran selama dua hingga tiga hari untuk melapor diri," katanya ketika ditemui di Kem Rejimen 515 di sini, hari ini.

 Beliau berkata, ada pelatih yang belum tiba disebabkan faktor jarak dan persediaan peribadi, namun JLKN bersikap terbuka dan memberi masa yang munasabah bagi mereka melengkapkan proses pendaftaran.Ya'cob berkata, latihan kali ini dijadualkan berlangsung sehingga 24 Jun depan dengan mengekalkan struktur modul terdahulu tetapi dengan penambahbaikan dalam pelaksanaan termasuk lebih banyak aktiviti amali.Katanya, JLKN turut menerima penyertaan pelatih secara sukarela atau 'walk-in', termasuk remaja yang tidak terpilih melalui sistem pemilihan rasmi."Setakat pagi ini, lebih 30 orang hadir secara sukarela. Mereka datang kerana minat mendalam untuk menyertai PLKN."Ada juga yang hadir atas dorongan ibu bapa. Kita tetap menerima mereka selagi ada kekosongan," katanya.Bagi remaja yang tidak berkesempatan untuk menyertai siri kali ini, Ya'cob berkata, siri ketiga akan berlangsung pada September nanti dan calon berpotensi boleh mula membuat persiapan daripada sekarang.
Disiarkan pada: Mei 11, 2025 @ 11:56am
www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/12173...smi-bermula-hari-ini

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Visitor Statistics

  • Today 41
  • Yesterday 63
  • This Week 258
  • Last Week 580
  • This Month 359
  • Last Month 3968
  • Last Six Months 4327
  • This Year 4327

Recent Visitors

IP Address Country Visit Time
216.73.216.34 United States 2025-06-06 02:51:03
216.73.216.208 United States 2025-06-06 02:43:57
52.167.144.182 United States 2025-06-06 02:12:49
40.77.167.59 United States 2025-06-06 01:19:54

Visitor by Country

Country Total Visitors Percentage
United States 2854 90.92%
Malaysia 284 9.05%
New Zealand 1 0.03%